Menanti Sinar


Ada kala nya disuatu masa
aku sering termenung jauh
memikirkan sampai bilakah
akan tiada detik bahagia
untuk diriku ini...

Sepaerti tidak sabar untuk aku
menemui saat-saat itu
namun dimana sinar bahagiaku
adakah aku akan terus begini

Terus merintih
Terus dalam derita
Terus dalam kedukaan

Tiadakah untukku sinar itu
aku juga seperti insan yang lain
yang ingin rasa kebahagiaan

Yang ingin disayangi
yang ingin dibelai
yang ingin dimanja
yang ingin dicintai
adakah semua ini akan tercapai

Pada suatu saat nanti
aku pasti dan yakin
akan mencapai kebahagiaan seperti insan lain


Jujur


Aku bernilai bukan dari
keindahan paras rupa
tetapi dari ketulusan hati
aku jatuh cinta bukan dari
kemanisan tutur bicara
tetapi dari kejujuran kata-kata

Hadirmu dalam hidupku
kuhargai sepenuh jiwaku

Asalkan kejujuran menjadi teras
pasti cintakan teguh terpatri.

Kenangan Itu


Oh kenangan itu,
kembali lagi,
membawa ku terbang jauh,
kembali kemasa lampau,
dimana aku tersenyum,gembira,bahagia,
menjalani kasih sayang antara kita,
dimana aku mengenali arti cinta,
ingin saja aku membawa jasad ini kembali disana.

Oh kenangan itu,
tidak perlu lagi kau kembali padaku,
kau hanya membawa kebahagiaan palsu,
yang hanya menyiksa jiwa merindu,
kau hanya membawa sejarah hitam penuh kesengsaraaan,
menumpas ego seorang lelaki,
air mata ini menjadi saksinya..

Oh kenangan itu,
aku buntu kerana kau,
perlukah aku menyisipmu,
dicelahan rimbuhan memori indah?
atau dicelahan sejarah hitam?
perlukah aku membuang kau dari rimbunan memoriku?
ingin saja aku membuangmu tapi tidak terdaya,
hanya kerna kau berjasa padaku,
mengajar erti kasih sayang dan cinta sejati....

Tiada Lagi Cinta

Andai kata aku berhenti tersenyum
kepadamu,

Andai kata aku berhenti mengalunkan
muzik ini setiap malam,

Andai kata aku tidak lagi
menulis not-not cinta kita,

Di dalam dairi,
Maka kau ampunilah aku,
Kerana hati ini bukan lagi
MILIKMU......




Baadshah26gold.com

Sharing is caring ^_^

My Anniversary with Muhd Afif Amirul

Daisypath Anniversary tickers