Kenangan Itu


Oh kenangan itu,
kembali lagi,
membawa ku terbang jauh,
kembali kemasa lampau,
dimana aku tersenyum,gembira,bahagia,
menjalani kasih sayang antara kita,
dimana aku mengenali arti cinta,
ingin saja aku membawa jasad ini kembali disana.

Oh kenangan itu,
tidak perlu lagi kau kembali padaku,
kau hanya membawa kebahagiaan palsu,
yang hanya menyiksa jiwa merindu,
kau hanya membawa sejarah hitam penuh kesengsaraaan,
menumpas ego seorang lelaki,
air mata ini menjadi saksinya..

Oh kenangan itu,
aku buntu kerana kau,
perlukah aku menyisipmu,
dicelahan rimbuhan memori indah?
atau dicelahan sejarah hitam?
perlukah aku membuang kau dari rimbunan memoriku?
ingin saja aku membuangmu tapi tidak terdaya,
hanya kerna kau berjasa padaku,
mengajar erti kasih sayang dan cinta sejati....

No comments:

Post a Comment





Baadshah26gold.com

Sharing is caring ^_^

My Anniversary with Muhd Afif Amirul

Daisypath Anniversary tickers